Apa itu Impax Malaysia atau Impax My Event?


Pernah sekali, kami menghantar Sound Technical Team kami untuk hadiri site visit di tapak event di Kuala Lumpur. Setelah selesai mengambil gambar dan membuat pengiraan, mereka dibawa pula ke bilik mesyuarat. Kerana mereka menyangkakan itu adalah team yang dihantar untuk mesyuarat.

Kemudian salah seorang dari team kami, menghubungi Coordinator bagi mendapatkan jawapan tentang soalan ini:

Apa itu Impax Malaysia?

Disangkakan soalannya adalah berbentuk teknikal, harga dan sebagainya. Tapi soalan ini yang muncul pula ya.

Untuk pengetahuan, Impax Malaysia adalah sebuah konsortium yang terdiri daripada pelbagai specialist untuk setiap perkhidmatan yang disediakan oleh CHROM Enterprise. Jadi, setiap gerak geri kami akan kami bawakan specialist dan pakar tertentu, sebagai contoh, Sound Proof Specialist. Mereka bukan staff kami, tetapi adalah syarikat yang bergabung didalam konsortium Impax Malaysia bagi menjayakan apa-apa sahaja event di seluruh Malaysia.

Pakar-pakar ini dihantar supaya segala jenis urusan dapat diselesaikan dengan lancar, kerana kepakaran masing-masing tanpa sebarang kekeliruan. Kerana ahli-ahli didalam Impax Malaysia mempunyai pengalaman lebih 10 tahun dibidang masing-masing. Dan sudah dapat membaca segala bentuk program dan aktiviti didalam event.

Dan CHROM Enterprise adalah salah satu daripada ahli konsortium Impax Malaysia yang juga, ada team kami yang dihantar bagi menjayakan Event untuk projek syarikat lain pula.

Ahli-ahli Impax terbahagi kepada beberapa division iaitu 1, 2 dan 3. Yang mana untuk setiap satu division terdiri daripada lebih 30 ahli. Dan 30 ahli ini mewakili setiap kawasan masing-masing. Jadi secara total, Impax Malaysia mencecah hampir 100 ahli yang berkepakaran dalam setiap inci bidang didalam dunia Event.

Impax Malaysia bukanlah sebuah syarikat, ianya adalah sebuah organisasi Bitrix yang mana boleh berkolaborasi untuk pelbagai event, mencantumkan pelbagai puzzle perkhidmatan yang mungkin tidak terjawab oleh syarikat lain.

Tujuannya adalah untuk memudahkan pengurusan client kami yang mungkin ahli committee, organizer mahupun event planner yang tidak mempunyai pengetahuan yang cukup luas untuk mencakupi keseluruhan keperluan event-event tertentu.

Jadi, inilah jawapannya. Terus berurusan dengan CHROM Enterprise (Ahli Impax Malaysia). Anda hanya perlu berurusan dengan 1 entiti sahaja, berbanding perlu menyemak helaian-helaian lain dalam keadaan anda sibuk untuk menyelenggara keseluruhan sisi event dengan pasukan lain, meeting yang lain, diskusi yang lain yang mungkin akan menjadikan anda membuang masa yang terlampau lama dalam menyiapkan task-task didalam gantt chart projek anda.

Ok, itu sahaja serba sedikit tentang Impax Malaysia.

Kalau anda nak tahu bagaimana kami bekerja untuk event anda. Anda boleh mendapatkan khidmat kami, anda sendiri dapat melihat betapa independentnya team kami bekerja tanpa ada pergaduhan, perselisihan faham, miscommunication dan sebagainya.

Sekian,
Mohd Najib Bin Mohd Zaki
Marketing/Coordinator

Diploma of Event Management
Diploma of Digital Photography
Cert of Communications & Body Language
Cert of Ceremonial Speech


Ingin mendapatkan khidmat kami?

Call/Whatsapp:
012-791 2306 (JOE)

INGAT EVENT, INGAT WWW.CHROMEMALAYSIA.COM