Dry Rental PA System - PA SYSTEM BAJET ANDA


Ramai pelanggan kami yang bertanyakan tentang DRY RENTAL PA SYSTEM ni kami ada sediakan tak. Jadi kami telah berbincang dengan team kami untuk menyediakannya juga. Supaya dapat membantu mereka yang tercari-cari PA SYSTEM BAJET.

Untuk pengetahuan, PA SYSTEM ni tidaklah seperti SET KARAOKE / Home Theater di rumah. Kerana PA System bersifat industrial, teknikal dan sofistikated.

Set PA System yang asas, mungkin dalam bayangan anda adalah SPEAKER semata-mata.

Untuk penggunaan sendiri, mungkin boleh digunakan apa sahaja jenis speaker, asalkan ada bunyi.

Tetapi bagi kami, menjalankan perniagaan dan perkhidmatan kepada individu, organisasi, korporat dan sebagainya. Kami perlu sediakan peralatan dan perkakasan yang berkualiti dan cukup bagi memenuhi keperluan-keperluan tertentu.

Dan sudah pastinya, setiap pasang speaker mempunyai perkakasannya tersendiri iaitu Analog dan Digital Mixer, Power Amplifier, Equalizer, Sonic Maximizer, Speaker Management Controller, Effect Controller, Power Contoller dan puluhan malah ratusan perkakasan tambahan untuk menjaga kualiti bunyi dan juga menjaga peralatan yang bernilai ribuan ringgit supaya tidak mudah rosak.

Kerana apabila kerosakan berlaku, jarang sekali untuk kami baiki, tetapi terpaksa membeli set yang baharu kerana perlu menjaga kualiti dan keseimbangan bunyi peralatan kami.

=========
DRY RENTAL PA SYSTEM
=========

Bagi Pakej DRY RENTAL PA SYSTEM kami ini, kami sediakan set PA System Asas yang sesuai untuk pelbagai tujuan termasuk, Kursus, Latihan, Meeting, Majlis Kecil-kecilan, Birthday Party, Tahlil, Akad Nikah, Bertunang dan juga Majlis Kahwin dengan Skala yang kecil sehingga 100pax.

Set ini juga boleh dipadankan dengan apa-apa jenis peranti, kerana kami sediakan kabel AUX dan slot USB untuk memainkan MP3 atau Karaoke yang anda boleh gunakan Laptop anda sendiri untuk memainkannya melalui IMPAX RSS ataupun Youtube.

Didatangkan dengan 2 Speaker (3 Way Audio), bunyi yang bagus dan sesuai untuk mereka yang gemarkan majlis mempunyai bunyian tetapi lembut seperti kafe dan sebagainya.

Juga disediakan 2 microphone untuk tujuan announcement ataupun nyanyian.

Seperti yang telah saya jelaskan diatas, ia didatangkan juga dengan sebuah Powered Mixer (Mixer + Amplifier) untuk mengawal bunyi dan memberi kuasa kepada PA System tersebut. Ini adalah setup yang paling asas untuk sesebuah PA System.

Set ini bukan set portable PA System. Ia perlu ada bekalan elektrik untuk menghidupkannya.

Untuk coverage pula, setakat ini, hanya boleh disewa di Johor iaitu di daerah Kluang dan Johor Bahru (Dan kawasan sekitarnya) sahaja.

Harga sewaan adalah hanya RM300 untuk 12 jam penggunaan. Kebiasaannya kami berikan lebih dari itu.

Untuk penghantaran, kami sendiri akan menghantar dan memasang peralatan ini. Kemudian melakukan testing serta memberi tunjuk ajar kepada pelanggan dan kemudian barulah kami meninggalkannya di lokasi pelanggan kami.

Bagi kawasan berhampiran Kluang dan Johor Bahru, tidak dikenakan caj penghantaran.


Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan set ini, anda boleh terus menghubungi kami di:

012-791 2306 (JOE)

Ingat Event, Ingat www.chromemalaysia.com