Apa beza PA System, Sound System & Karaoke




Ini pengetahuan yang perlu ada untuk anda terutama yang nak mencari perkhidmatan ini bagi majlis kahwin anda ke, majlis makan malam ke dan sebagainya. Supaya menjimatkan masa anda mencari khidmat yang tepat samada di facebook, IG, twitter mahupun google.

Lebih-lebih lagi bagi mereka yang terlibat secara langsung dengan Event Planner, Wedding Planner, Event Management dan sebagainya. Pengetahuan ini sangat penting supaya anda tidak terbingung-bingung tentang hal yang mengelirukan sebegini.

Dan selalunya pelanggan-pelanggan kami keliru serta dikelirukan oleh pengusaha-pengusaha sistem audio sendiri dalam menterjemahkan maksud ketiga2 perkara yang hampir sama ini.

...


PA SYSTEM

PA System adalah dalam bahasa inggeris bermaksud "Public Address System" atau dalam bahasa melayu "Sistem Pengumuman Awam" atau "Sistem Siaraya". 


"Abdul Wahub gemar bunyi-bunyian"

Ianya lebih kepada penggunaan siaraya seperti pengumuman kepada umum, orang ramai. So, bila sebut event, kita panggil sebagai PA SYSTEM. Sebab event ni melibatkan pengumuman terhadap "orang ramai".

PA System Asas


Kelengkapan PA SYSTEM

Kelengkapan asas bagi sistem ini adalah Speaker (Pembesar Suara), Mikrofon, Audio Mixer (Kawalan Audio) dan Amplifier (Kuasa untuk Pembesar Suara).

Selain itu terdapat tambahan2 aksesori lainya untuk "mengemaskan bunyi dari sistem asas tersebut iaitu seperti equalizer, limiter, compressor, crossover, processor dan sebagainya bergantung kepada penggunaan. Ini perlukan pengetahuan professional untuk menggunakannya.

Rak PA System dengan tambahan aksesori bagi memperhalusi bunyi sebelum keluar di speaker.


PA System ni adalah sebutan umum. Namun begitu, sistem audio bangunan seperti pejabat, pasaraya dan sebagainya juga disebut PA System kerana ianya juga untuk disiarkan secara umum untuk individu yang berada disitu.

Khidmat Sewaan PA SYSTEM untuk event

Kelengkapan PA SYSTEM untuk Konsert


Hampir kesemua event memerlukan PA System antaranya sebagai memwar-warkan kewujudan event tersebut, menambahkan kemeriahan event, memberikan hiburan walaupun dengan hanya memutarkan lagu sahaja, persembahan kebudayaan, pengucapan, mesyuarat, taklimat, kursus dan pelbagai lagi.


Terdapat banyak perkhidmatan sewaan PA SYSTEM di Malaysia, walaupun begitu, ada pada masa2 tertentu seakan perkhidmatan ini masih lagi tidak mencukupi untuk menampung ribuan event yang berlangsung di seluruh Malaysia pada tarikh yang sama. Antara lain, faktor yang menyebabkan ianya seakan tidak mencukup adalah dari segi harga dan kualiti perkhidmatan tersebut menyebabkan pilihan tidak banyak untuk pelanggan.

Namun, jangan risau, SFi Entertainment mempunyai banyak slot untuk tarikh anda. Tetapi kena cepat2 booking. Kalau last minute susah juga.
..

Sound system biasanya merujuk kepada alat yang tidak disebut PA System, contoh macam Hi-Fi ini.


SOUND SYSTEM

Penggunaan Sound System seakan lebih menghampiri apa yang difikirkan dan ingin dicari, kerana maksudnya jelas iaitu "Sound System" atau "Sistem Bunyi". 

Perbezaan antara Sound System dan PA System.

PA SYSTEM: Sistem Siaraya, Event & Pengumuman bangunan
SOUND SYSTEM: Maksud yang lebih luas, merangkumi PA System, Home Theatre, Panggung Wayang, Kereta dsb.

Sound System Kereta juga tidak dipanggil PA System.


Sound System adalah sebutan umum untuk menerangkan itu adalah sistem bunyi dan tidak merujuk mana-mana bahagian secara khas.

"Bila sebut PA System mesti orang akan terfikir speaker Azan"
"Bila sebut Sound System mesti orang akan terfikir speaker Hi-Fi"

..

Keratan Klip Video Karaoke Lagu Citata - Sakitnya Tuh Disini.. Sakitnya...


KARAOKE

Kebanyakan pelanggan kami akan menghantar whatsapp untuk mendapatkan perkhidmatan "karaoke". Kami agak keliru dengan soalan tersebut walaupun dah bertahun2 menjalankan pernigaan ini. :p

Klip Lagu Karaoke dibina untuk tujuan karaoke dengan mengadakan 2 channel audio Left & Right.


Karaoke bermaksud klip video lagu yang mempunyai 2 channel bunyi bagi membenarkan orang untuk menyanyi hanya dengan rentak dan tidak dengan penyanyi sebenar. Dimana, biasanya adalah untuk tujuan hiburan, pertandingan dan sebagainya.

Kelengkapan KARAOKE

Skrin LCD yang memaparkan Lirik Lagu Karaoke


Karaoke tidak mempunyai sebarang kelengkapan, ini kerana ianya hanyalah klip video sahaja yang disimpan samada menggunakan hard-disk, vcd/dvd atau online.

Bagi memudahkan pemahaman, KARAOKE yang dimaksudkan hanyalah melibatkan:

1 unit LCD skrin
1 unit Laptop/PC/DVD Player

Sewaan KARAOKE


Rata-rata KARAOKE tidak disewakan, ia biasanya dimasukkan sekali didalam pakej khidmat sewa pa system tersebut sebagai BONUS kepada pelanggan sahaja bagi menokok-tambah perisa perkhidmatan.

Walaupun begitu, ada juga yang kami sewakan dimana ada pelanggan yang sudah menyewa dewan yang lengkap dengan PA SYSTEM tetapi tiada Lagu Karaoke. Jadi, mereka menghubungi kami.

Itulah yang menimbulkan kekeliruan, ada yang nak sewa PA SYSTEM tetapi disebutnya KARAOKE. Ada yang nak sewa KARAOKE juga disebutnya KARAOKE. 

"Miscommunication boleh menimbulkan kesilapan besar"

Jadi, selepas ini sedikit sebanyak anda dah tahu nak buat tempahan yang mana:

PA SYSTEM: Sistem Siaraya, Event & Pengumuman
SOUND SYSTEM: Maksud yang lebih luas, merangkumi PA System, Home Theatre, Panggung Wayang, Kereta dsb.
KARAOKE: Klip Video Lagu & Skrin
...

Ok, itulah sahaja sedikit perkongsian saya tentang Apa Beza PA System, Sound System dan Karaoke. Diharap artikel ini dapat memberikan sedikit sebanyak manfaat kepada pembaca.