FELDA Family Day 2015 di Felda Residence Tanjung Leman, Johor


Tarikh: 12/12/2015 (8am-1pm)
Lokasi: Felda Residence, Tanjung Leman, Johor
Pakej: 4T2M2S (Extra Outdoor)

Bertempat di Felda Residence Tanjung Leman, sebuah acara Hari Keluarga untuk warga kerja FELDA bagi seluruh Negeri Johor telahpun diadakan iaitu seramai lebih 1000 orang terlibat didalam acara ini. Khidmat PA System kami digunakan bagi membantu siaraya acara yang mana  beberapa pertandingan diadakan termasuklah pertandingan karaoke untuk warga kerja FELDA sendiri.

Keluasan kawasan melebihi padang bola sepak serta tiupan angin pantai yang kencang menyebabkan kami menyediakan perkakasan yang
sesuai dengan keadaan dengan menggunakan Speaker dari jenis Long-Throw berkuasa tinggi serta beberapa peralatan digital beserta mikrofon cordless yang mempunyai tahap frekuensi 700-800MHz supaya juruacara dapat bergerak lebih jauh untuk menghiburkan warga kerja FELDA pada hari tersebut.


Peralatan dipasang seawal 6pagi di lokasi acara pada hari acara iaitu 3jam lebih awal seperti yang diminta oleh pihak penganjur. Ini kerana berlaku hujan dan ribut petir pada malam sebelum acara.


Peralatan telah siap dipasang dan diuji pada jam 7pagi dan sedia digunakan pada bila-bila masa sahaja.


Peralatan pentas untuk kegunaan sebarang pertandingan yang bakal diadakan.

JIKA ANDA BERMINAT MENGGUNAKAN PERKHIDMATAN KAMI.
TERUS LAYARI


UNTUK KETERANGAN LANJUT

ATAU HUBUNGI

012-791 2306 (JOE)