Tutorial Download Lagu Karaoke Dari Youtube


Mungkin ada yang tertanya-tanya ataupun ingin mengetahui bagaimana cara mudah untuk memuat-turun video karaoke daripada sumber seperti youtube secara percuma tanpa perlu menggunkan sebarang software.

Ada beberapa software yang boleh digunakan untuk download video dengan mudah, namun ada yang perlu anda bayar untuk menggunakannya. Jadi, ianya menjadi sedikit sukar kepada yang kurang mempunyai pengetahuan komputer untuk menggukan perisian tersebut.

Jadi, disini inigin sekali saya kongsikan bagaimana cara mudah download video karaoke dari youtube secara percuma sahaja.


Jom ikuti langkah-langkah seperti berikut:


  • Cari lagu yang anda ingin dowload dari youtube; contoh: HyperAct - Takkan Pergi

  • Klik Kanan pada video dan pilih "Copy Video URL"

  • Buka laman web "www.youtube2mp3.cc"

  • Klik Kanan pada kotak yang disediakan dan pilih "Paste" di dalam kotak tersebut. PASTIKAN anda telah memilih MP4 pada pilihan di bawah kotak tersebut. Klik "Convert" dan tunggu sehingga selesai.

  • Klik "Download"
  • Selesai! Semoga Berjaya!