Software / Perisian Lucky Draw / Cabutan Bertuah untuk acara anda! - SFi Entertainment



Kami pakar di dalam menyediakan permainan untuk mengisi dan memeriahkan sebarang acara anda. Selain daripada khidmat PA System, Lighting & Talent kami juga menyediakan pelbagai peralatan untuk permainan anda. Jadi, kerja anda memnjadi mudah. Semua-Dalam- Satu @ All-In-One !

CABUTAN BERTUAH

Kebiasaan acara cabutan bertuah adalah, pengacara menyebutkan nombor-nombor yang dicabut oleh individu terpilih bagi membolehkan acara ini dimulakan.

Anda juga boleh mendapatkan khidmat Cabutan Bertuah kami berbentuk skrin. Iaitu nombor akan diputarkan secara komputer dan akan berhenti pada nombor tertentu secara automatik. Alat ini kami namakan sebagai RODA BERTUAH!

MASA ITU EMAS untuk acara-acara istimewa anda. Kebiasaan Sesi Cabutan Bertuah akan mengambil masa yang agak lama iaitu bagi:

* Memanggil Individu A Buat Cabutan - 2 Minit
* Individu A Berjalan Macam Pengantin Baru - 5 Minit
* Individu A Buat Pilihan - 2 Minit
* Emcee mengumumkan Nombor - 5 Minit
** Oppss Nombor Terbalik / Tidak Dapat Dibaca (Tulisan Doktor/Dakwat Basah) - 5 Minit untuk dirungkai.
* Pemenang Berjalan Macam Pengantin - 5 Minit
* Pemenang Bergambar - 1 Minit

==============================================

Jadi berbekalkan pengalaman kami untuk menambahkan kemeriahan acara dan juga menjimatkan masa anda, kami menyediakan khidmat Perisian RODA BERTUAH untuk anda dan dipancarkan menggunakan projector.

Sewaan adalah termasuk:


  1. Laptop
  2. Juruteknik Perisian
  3. Kabel VGA 10M


* Tidak Termasuk Projektor + Skrin
* Harga adalah per SESI (Min. 3 SESI CABUTAN BERTUAH)

Perisian-perisian kami adalah seperti berikut:

1. RODA BERTUAH WD - RATE 
HARGA: RM 50 / SESI



RODA BERTUAH WD mempunyai daya putaran yang lebih SMOOTH dan juga berakurasi tinggi dalam pemilihan nombor. Walaupun ianya nampak simple / ringkas, ianya adalah antara RODA BERTUAH yang POWERFUL!

EDIT TAJUK: BOLEH 
EDIT LOGO:  
EDIT WARNA: 
EDIT RODA:
EDIT LATARBELAKANG RODA: 
EDIT NOMBOR: NOMBOR, HURUF, PERKATAAN 
AKURASI: TINGGI 
PERGERAKAN: LANCAR 
BUNYI: SEMASA DIPUTARKAN DAN BERHENTI 

Cara menggunakan:
Ianya dikawal juruteknik untuk memutarkannya, ia akan berhenti pada mana2 nombor. Dicadangkan nombor bertuah anda mestilah 4 Digit, dan setiap putaran mewakili 1 nombor. Daripada nombor pertama sehinggalah nombor terakhir.

2. RODA BERTUAH CT [ MESIN BUAH ] - RATE 
HARGA RM 50 / SESI



RODA BERTUAH berbentuk MESIN JACKPOT BUAH ini telah diubahsuai menjadi MESIN BERTUAH iaitu khas untuk membuat cabutan bertuah bagi acara anda. Ianya dibuat sebegini semata-mata untuk tampak lebih menarik. Ianya juga mempunyai daya akurasi tinggi.

EDIT TAJUK: 
EDIT LOGO: 
EDIT WARNA TEMA: 
EDIT RODA: 
EDIT LATARBELAKANG RODA: 
EDIT NOMBOR: NOMBOR, HURUF, PERKATAAN 
AKURASI: TINGGI  
PERGERAKAN: LANCAR 
BUNYI: SEMASA DIPUTARKAN DAN BERHENTI 


Cara menggunakan:
Ianya dikawal juruteknik untuk memutarkannya, ia akan SCROLL dan berhenti pada mana2 nombor tertentu secara automatik. Dicadangkan nombor bertuah anda mestilah 4 Digit, dan setiap putaran mewakili 1 nombor. Daripada nombor pertama sehinggalah nombor terakhir. Jadi, putaran mesin akan dilakukan 4 kali bagi menambah THRILL!

3. RODA BERTUAH QUADRA - RATE 
HARGA: RM 50 /SESI

SEBELUM DIPUTARKAN - MASA 10 SAAT


TELAHPUN DIPUTARKAN, NOMBOR DISEBUT - MASA TINGGAL 6 SAAT

\

MASA TAMAT

Untuk RODA BERTUAH QUADRA ini pula, kelebihannya adalah anda mempunyai timing atau jam randik yang bertugas usai sahaja 4 Digit nombor telah dipaparkan di layar projektor misalnya. Ini bagi membuatkan semua audience menumpukan acara ini dengan sepenuhnya.

EDIT TAJUK: 
EDIT LOGO: 
EDIT WARNA TEMA: 
EDIT RODA: 
EDIT LATARBELAKANG RODA: 
EDIT NOMBOR: NOMBOR SAHAJA 
AKURASI: TINGGI 
PERGERAKAN: LANCAR 
BUNYI: SEMASA DIPUTARKAN, MASA BERJALAN DAN MASA TAMAT 

Cara menggunakan:
Ianya dikawal juruteknik untuk memutarkannya, ia akan SPIN dan berhenti pada mana2 nombor tertentu secara automatik. Boleh digunakan untuk nombor bertuah bermula dengan 1 Digit sahaja sehingga 6 Digit. Selepas nombor terpapar, masa diberikan selama 5-60 saat. Dan loceng akan berbunyi sekiranya masa telah tamat. Dan cabutan nombor baru akan dibuat semula. Lambat Tinggal!

4. RODA BERTUAH IMPIANA - RATE 
HARGA: RM 80 / SESI


RODA BERTUAH IMPIANA adalah perisian terbaru kami, walaupun nampak lebih menarik, namun tahap akurasinya sedikit rendah berbanding roda-roda bertuah yang diatas. Kelebihan RODA BERTUAH IMPIANA adalah anda boleh memasukkan LOGO SYARIKAT, NAMA ACARA (Cth: ANNUAL DINNER 2017). Boleh juga ditukar warna tema, boleh ubahsuai roda untuk diletakkan nombor, huruf, perkataan mahupun imej!


EDIT TAJUK: BOLEH 
EDIT LOGO: BOLEH 
EDIT WARNA TEMA: BOLEH 
EDIT RODA: BOLEH 
EDIT LATARBELAKANG RODA: BOLEH 
EDIT NOMBOR: NOMBOR, HURUF, PERKATAAN, IMEJ 
AKURASI: SEDERHANA 
PERGERAKAN: LANCAR 
BUNYI: SEMASA DIPUTARKAN SAHAJA