Program BBQ & Karaoke Koperasi Guru di Amerald Hotel, Pengerang Johor. Oktober 2021.

 


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, agak lama kami tak update blog ini disebabkan PKP yang On/Off dari 2020 sehingga ke hari ini.

Bagaimanapun, kami masih lagi aktif menjalankan khidmat Event Equipment Rental di seluruh pelusuk Malaysia. Terutamanya di Semenanjung Malaysia.

Pada sekitar 2020 ada beberapa event yang kami tak sempat nak update disini iaitu termasuk, Event Dinner di Lexis Hibiscus Port Dickson pada Feb 2020, Event Launching di Tampin pada Jun 2020 dan Event Perodua Survey di Beruas, Perak pada September 2020 dan beberapa event lain di beberapa kawasan di seluruh negara.

Apa-apa pun satu permulaan yang baik pada 15 Oktober 2021 telah dimulakan dengan event Program BBQ & Karaoke untuk Koperasi Guru yang berlangsung di Hotel Amerald, Pengerang, Johor. Program ini berlangsung bermula jam 8 malam hingga 10 malam.

Kami membekal Sound System dan Karaoke untuk majlis tersebut. Dan respon positif yang diterima pihak penganjur serta pihak hotel dan menyebabkan kami diminta untuk membekalkan lagi pada keesokan harinya iaitu pada 16 oktober 2021. Iaitu untuk satu lagi klien hotel tersebut bagi majlis makan malam dan karaoke suka-suka.

Event ini diadakan di ruang legar hotel tersebut yang mana suasananya amatlah mendamaikan, kawasan yang luas dan selamat untuk anak-anak bermain. Kawasan separa berbumbung itu membuatkan pengunjung bebas dan boleh berteduh sedikit sekiranya gerimis atau panas petang.

Disini kami kongsikan sedikit gambar dan video berkenaan event yang kami bekalkan. Sound system yang dibekalkan adalah menggunakan ProEl Active Speaker yang digandingkan dengan Yamaha 20Channel Mixer berserta Behringer Ultradrive Pro. Sound yang dihasilkan amatlah mengejutkan penganjur. Sehinggakan mereka tercari-cari adakah kami membawa Subwoofer. 



Sound System 12" ProEl Active


Set karaoke yang didatangkan dengan skrin monitor.



Mr. Joe bersama Soundman Mr. Wan. Sound System dah siap setup awal-awal. Sementara menunggu event start pada 8pm.



Program BBQ ini melibatkan lebih kurang 80pax. Tapi jangkaan saya, kawasan ini boleh menampung sehingga 200pax dengan jarak sosial.



Sesi karaoke suka-suka sedang berlangsung. Skrin kat depan tu, jauh betul berdiri ya.




Sesi Karaoke suka-suka berlangsung serentak dengan Program BBQ Koperasi Guru. Suasana mendamaikan walaupun ada karaoke. Sebab tak ada nyamuk kat situ walaupun outdoor.




Disebabkan sound system yang sedap, akan membuatkan suara penyumbang karaoke juga turut menjadi lebih sedap. Dan makanan pun jadi sedap.









Amacam? Best ke best? Harga jangan bimbang. Kita ikut bajet yang sesuai untuk pelbagai level majlis. Tapi apapun, kesimpulan kami untuk event kali ini, kalaulah pihak penganjur request lighting, sudah pasti lebih meriah. Yang pasti, kami akan sarankan juga untuk anda dapatkan sedikit efek seperti asap atau confetti. 

Walaubagaimanapun, kami difahamkan event ini adalah bersifat santai sahaja. Tiada sebarang itinerari program yang diberikan kepada kami. Jadi, kami hanya berikan ikut pada apa yang penganjur mahukan. Tidak ada sebarang masalah.

Anda yang dah tengok lebih kurang video dan gambar ini pasti dapat bayangkan suasananya. Jadi, apa tunggu lagi. Jom booking cepat-cepat perkhidmatan kami walau dimana sahaja anda berada di Semenanjung Malaysia lah kalau boleh buat masa ini.

Hubungi kami segera melalui Whatsapp di

012-791 2306 (En. Joe)

atau tekan Link dibawah:



#AmeraldHotel #Desaru #Pengerang #DinnerEvent #KaraokeJohor #Putrajaya #KualaLumpur #BestEventPlanner #CHROMEnterprise #Melaka #NegeriSembilan #Perak #KoperasiGuru