Rebranding CHROM Enterprise 2021/2022/2023 - Pertukaran Logo dan susun atur pasukan.

 


UPDATED: 31/7/2022

Perubahan Logo CHROM Enterprise kepada versi 2022.


Logo CHROM Enterprise 2022


Icon CHROM Enterprise 2022

Logo Impax Malaysia Event 2022

Emblem Logo Impax Malaysia Event 2022

Rekaan CHROM Enterprise & Impax Malaysia Event telah direka oleh CHROM Enterprise sendiri bagi memenuhi visi dan misi syarikat untuk tahun ini dan tahun-tahun mendatang.









Setelah diperhatikan dan diperhalusi, team marketing kami telah membuat keputusan untuk menukarkan logo syarikat CHROM Enterprise kepada yang baharu berbentuk infiniti. Bersesuaian dengan perkhidmatan yang ditambah iaitu di bidang telekomunikasi.

Dan susunan pasukan tidak banyak berubah. Cuma untuk pembahagian seksyen utama terbahagi kepada 3. Iaitu Impax Malaysia Event Team, OneMagic Malaysia dan Hery Technology.

Mungkin ada klien kami sebelum ini yang terkejut atau merasakan CHROM Enterprise ini adalah syarikat baharu. Jadi, disebabkan ini kami memaklumkan penukaran ini di semua letterhead kami dan didalam Profail Syarikat yang akan kami terbitkan tak lama lagi.

Mungkin ada yang akan keliru dengan logo-logo yang terdapat didalam profail kami. Jadi, disini kami kongsikan seksyen-seksyen yang terlibat dalam satu-satu bahagian yang mungkin berjalan serentak dalam satu-satu masa mengikut projek dan program.

Bagi projek-projek swasta, kami menggunakan CHROM Enterprise dan bagi projek-projek kerajaan, kami menggunakan letterhead Hery Technology atau ProNB.

Impax Malaysia dan OneMagic bukanlah nama syarikat. Tapi ianya adalah entiti untuk pasukan-pasukan support tertentu didalam CHROM Enterprise yang terdiri daripada lebih 100 orang yang berkepakaran tinggi dalam bidang masing-masing.

Skop perniagaan kami merangkumi:

Pengurusan Acara
Pembekal T-Shirt dan Cenderamata
Pembekal Peralatan Muzik dan Studio
Pembekal PA System dan Elektronik
Pembekal Hardware, Software dan Website

Jangan risau, kami mempunyai team yang pakar didalam bidang-bidang diatas. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan berkaitan bolehlah menghubungi:

012-7912306 (En. Najib)