Booking Sewaan PA System, Lighting, LED Screen, Conference Mic dengan lebih awal lebih bagus.


Ini adalah topik yang kami dah pernah pos sebelum ini di WWW.CHROMEMALAYSIA.COM berkenaan Booking Awal

Antara bonus untuk anda membuat tempahan lebih awal adalah anda mendapat harga yang lebih murah kerana tiada tekanan tarikh dari client yang lain yang mungkin akan mengisi kekosongan booking pada tarikh anda itu.

Disini, bajet event anda akan maintain dalam keadaan terkawal dan tidak burst. Lebih-lebih lagi sekiranya anda seorang Event Planner. Anda perlu tekankan kepada client anda bahawa tarikh ni adalah satu-satunya entiti yang LIMITED EDITION.

Dan sudah pastinya, walau sebesar mana syarikat event sekalipun, juga tak dapat menampung pusuan tempahan pada tarikh yang sama. Kerana ini melibatkan bukan sahaja peralatan, malah kru, tenaga mahir, kenderaan, penginapan dan sebagainya.

Selain itu juga, mungkin syarikat penyedia perkhidmatan seperti kami telahpun mengambil tarikh itu sebagai tarikh cuti pekerja kami setelah berhempas pulas dengan event-event sebelum tarikh itu yang mungkin menggunakan tenaga dan masa yang sangat banyak.

Dan ini, akan jadi hampir mustahil untuk kami memberikan perkhidmatan tersebut kepada pelanggan kesayangan kami. Sebaliknya, disebabkan ingin membantu, kami mungkin akan usahakan alternatif dengan menghubungi rakan-rakan perniagaan yang lain.

Walaupun begitu, harga yang telah diberikan pada hari sebutharga itu mungkin akan berlainan, lebih tinggi disebabkan mereka mungkin hanya tinggal equipment yang mahal sahaja. Yang murah, semuanya sudah ditempah orang.

Dalam apa jua pun tempahan, tidak kira baju, hotel, flight dan sebagainya. Perlukan anda untuk bertindak membuat booking dengan lebih pantas untuk mendapatkan harga mengikut bajet anda.

Jadi, saranan kami, selewa-lewatnya lakukan booking 2 minggu lebih awal. Itupun bagi kami, 2 minggu tu dah kira lewat sebenarnya. Kerana ada pelanggan lain yang booking lebih awal dari itu. Ini adalah baik untuk kedua-dua belah pihak. Supaya perancangan boleh diubah-suai disaat-saat genting. Dan anda tak perlu risau lagi, kerana semua tempahan dah pun dibuat.

Diharapkan pos ini bermanfaat kepada pembaca, tidak kira anda pelanggan kami ataupun tidak. Amalkan bertindak lebih awal supaya tidak kelam kabut di kemudian hari.

Kami pun tak sampai hati untuk menolak permintaan pelanggan-pelanggan kami. Tapi apakan daya, sekiranya slot semuanya dah penuh. Kami usahakan juga untuk menghubungi circle kami di kawasan berhampiran untuk mendapatkan bantuan. Tapi harga sudah pastinya akan burst.

Kerana harga, kami boleh berikan yang terbaik. Tetapi orang lain belum tahu.

So jadilah yang terawal! All The Best For Your Event!

Sekiranya anda ingin mendapatkan khidmat nasihat berkaitan event, boleh terus ke Channel Youtube kami:
https://www.youtube.com/playlist?list=PLDJnCoPI98dWh8OC087ERXhDkf-esuDDo

Atau boleh terus hubungi melalui Call/Whatsapp di:

012-791 2306 (JOE)

INGAT EVENT, INGAT WWW.CHROMEMALAYSIA.COM