Tips Event Planner Siri 1 - 8 Tips Rancangan Strategik Event bersama Team Anda

 


Tips adalah seperti yang telah dikongsikan di Youtube Channel CHROM Enterprise

>> TEKAN SINI UNTUK TONTON <<

============================================================

8 Tips Rancangan Strategik Event bersama Team Anda.



  • Mesyuarat
    • Lakukan lebih banyak perjumpaan, perbincangan, mesyuarat dsb bersama pasukan atau pekerja anda.
    • Bincangkan tentang kekuatan atau kelemahan rancangan tersebut.
    • Bincangkan tentang kewujudan peluang-peluang baru apabila anda mengadakan event ini.
    • Perhatikan isu-isu yang berpotensi akan timbul sebelum, semasa mahupun selepas event dijalankan.
    • Semasa mesyuarat, catatkan nama individu yang memberikan idea atau mengutarakan isu tentang event tersebut. Supaya anda boleh merujuknya semula dimasa akan datang.



  • Guna Pelbagai Sumber
    • Jangan lakukan seorang diri, banyak perincian yang perlu dilakukan bagi seseorang Event Planner.
    • Anda perlukan beberapa pembantu untuk anda merancang event ini.
    • Anda juga perlu gunakan pelbagai peralatan, aplikasi dan perisian untuk menjayakan event anda.


  • Pengurusan Strategik
    • Anda perlu disiplin dengan masa untuk setiap perbincangan, meeting dsb.
    • Pastikan anda dapat menjayakan event yang terbaik untuk pekerja, rakan sekerja ataupun client anda.


  • Buat Timetable
    • Ianya adalah asas untuk menjadikan sesebuah event itu terbaik.
    • Rancangan, Projek dan Task perlu dijadualkan.
    • Tugasan dapat disiapkan sekiranya anda menyerahkan kepada orang yang betul.


  • Rancang Perbelanjaan (Budget)
    • Budget adalah jantung kepada sesebuah event.
    • Client bergantung kepada anda untuk menyediakan budget.
    • Sekiranya anda dapat menjayakan event mengikut budget tersebut, anda akan dapat membina kepercayaan daripada client atau majikan anda.

  • Review Rancangan Lepas
    • Cuba cari semula rancangan event yang anda telah buat sebelum ini, jika ada.
    • Boleh bertanya dengan rakan Event Planner yang lain untuk mendapatkan pandangan dan pendapat mereka tentang rancangan event anda ini.
    • Anda juga boleh mencari idea di internet.


  • Maklumbalas
    • Sebuah alat yang paling bernilai untuk anda mempelajari tentang event yang lepas.
    • Akan membantu anda mencipta event yang solid.
    • Event akan menjadi lebih besar dan lebih baik dimasa akan datang.

  • Perlaksanaan
    • Mulakan setiap proses untuk hoskan event anda.
    • Rancang aksi anda dan pasukan anda.

Demikianlah 8 Tips Rancangan Strategik Event bersama team anda yang boleh kami kongsikan disini. Yang mungkin akan memberikan sedikit sebanyak pendedahan kepada anda tentang event yang dipertanggungjawabkan atau yang ingin anda organisasikan.

Tips ini adalah antara asas sebelum anda mengadakan event atau telah diberikan amanah oleh majikan anda untuk melaksanakannya. Ikuti Tips kami dari semasa ke semasa yang akan kami kongsikan di sini.

Selepas ini >> 5 Tips Pengurusan Strategik Event Yang Mesti Anda Tahu.


** Editorial **
Tips Event Planner dikongsikan kepada umum adalah bertujuan untuk memberikan pendedahan dan pencerahan tentang Perancangan Event mengikut Corak, Budaya, Agama, Bangsa, Undang-undang dan Peraturan di Malaysia.

Dan juga, dikongsikan Tips ini berserta pengalaman kami CHROM Enterprise selama 7 tahun di bidang event equipment rentals termasuk PA System, Conference System, Lighting System, Pentas, Efek Pentas, Gimik Pelancaran, LED Skrin, Foto dan Videografi, Multi Camera Production serta talent-talent dan banyak lagi yang kami sendiri yang telah berada di hampir 1000 event seluruh Malaysia.

Jadi, kami prihatin untuk memberikan simple guidelines terutama kepada mereka yang dipertanggungjawabkan.

Event Planning bukanlah sesuatu yang boleh diambil mudah. Kerana ianya adalah melibatkan dari segi teknikal, pengiraan, strategi, kecemasan, undang-undang sehingga kepada perincian emosi hadirin yang hadir pada hari tersebut.

Tips ini dikongsikan oleh En. Mohd Najib B. Mohd Zaki merangkap Marketing Executive di CHROM Enterprise. Diploma of Event Management, Diploma of Digital Photography, Certificate of Communications & Body Language, Certificate of Public Speaking & Emergencies, Certificate of Ceremonial Speech.

Tips Event Planner ini dikenali sebagai EFX22 - Event, Fact, Expert. Yang mana slot ini kami khaskan hanya kepada pengkhususan serta updates berkaitan Event Planning dari semasa ke semasa.

Anda juga boleh dapatkan Tips ini secara Audio/Visual di Youtube Channel kami iaitu di:

>> TEKAN SINI UNTUK TONTON <<


Ingat Tentang Event, Ingat CHROMEMALAYSIA.COM