3 Tips Pemilihan Portable PA System

| CHROM Enterprise Terbaru

Apa itu Portable PA System?

Behringer PPA500BT 500W Portable PA System


Menurut Pro Harman by Samsung, Portable PA System adalah sebuah PA System mudah alih yang direka supaya ianya mudah dibawa, dipasang dan disimpan. Ianya digunakan dalam pelbagai kegunaan termasuk Front of House (Speaker Utama), Stage Monitor, Pengucapan dan Ceramah, Live Band dan DJ, dan pelbagai lagi keperluan AV sama seperti Speaker biasa.

Ianya terdapat didalam pelbagai saiz, kuasa dan kualiti bunyi. Dalam konteks tersebut, ianya bergantung kepada jenis kegunaan, saiz kawasan, ketinggian, kekuatan angin, audiens dan pelbagai lagi.

Fender Passport Event Series 2 375W Portable PA System



Portable PA System kebiasaannya dilengkapi bateri, bagi tujuan mobiliti yang boleh dibawa kemana-mana, dipasang dimana-mana dan sebagainya. Namun, bateri ini tidaklah boleh bertahan lama, kebanyakannya perlu dipasangkan menggunakan kuasa elektrik juga. Kerana pengguna portable PA System tidak mengawal penggunaannya, apabila anda menambahkan volume, maka, amplifier didalam Portable PA System ini akan menyedut lebih banyak kuasa dari bateri yang tersedia. Secara langsung, melemahkan bateri yang kemudiannya, memaksa anda menggunakan adaptor elektrik bagi meneruskan acara anda.

Portable PA System vs Active Speaker

QSC 12.2 Active Speaker


Kebanyakan pengguna menyamakan Portable PA System dan Active Speaker. Ini kerana persamaan dari segi kewujudan Pre-Amp atau Mini Mixer dibelakang bahagian kotak speaker tersebut. Dimana ianya terdapat, High, Mid, Bass, Volume dan sebagainya.

Dynamax Pro112 Portable Speaker


Sekiranya diperhalusi, Portable PA System hari ini, lebih banyak tombol atau suis dibelakang kotak speaker yang mana tersedia 3Band Equalizer (Parametric atau Graphic). Sebaliknya pada Active speaker, untuk Proel LT12A contohnya, hanya terdapat suis ON, Low, High dan Level sahaja, disamping lampu LED Clipping.

Proel LT12A Active Speaker


Ini kerana Active speaker perlu dikawal oleh Mixer dan Portable PA System tak perlu. Walaupun kedua-duanya Active dan Portable mempunyai amplifier terbina didalam kotak speaker, Active speaker bukanlah untuk tujuan Portable yang boleh dibawa, dipasang dan disimpan dimana-mana.

3 Tips pemilihan Portable PA System yang betul



Menurut Performer Magazine (PerformerMag), The Musician Resource, berikut ini kami kongsikan 6 Tips pemilihan PA System (Portable) yang betul. Yang juga boleh dijadikan rujukan pemilihan PA System biasa yang betul.

Berapa Watt kuasa PA System yang anda perlukan?



Sekiranya bertanya tentang seberapa Watt kuasa, sudah pastinya anda terpinga-pinga bagaimana hendak mengukur kuasa tersebut pada keadaan sebenar bukan? 

Kuasa output speaker diukur dengan Watts, sekiranya anda kekurangan Watts, itu yang anda kadang-kadang terdengar bunyi ketukan, desiran atau kebingitan apabila ianya dipasangkan dengan kuat.

Menurut PerformerMag lagi, untuk rule of thumb, event yang bersaiz sederhana memerlukan sekitar 1500Watt, bagi kegunaan yang sedikit lembut memerlukan 750watt dan bagi persembahan akustik di dalam ruangan yang kecil memerlukan hanya 60watt sahaja.

Menurut pengalaman kami, CHROM Enterprise pula, cara mudah untuk kami membuat pengiraan kasar adalah bergantung kepada jumlah audiens didalam sebuah ruangan tertutup, iaitu 1W/Orang.

Kebiasaan untuk Majlis Perkahwinan 500Pax, bermakna perlukan 500Watt atau Annual Dinner 1000pax memerlukan 1000Watt.

Kiraan diatas adalah kiraan bayangan equipment apa yang kami perlu sediakan untuk event anda. Walaupun begitu, untuk event berskala besar, outdoor, kami menggunakan Software Yamaha YS-3 untuk mengira kelantangan bunyi, coverage area, dan sebagainya dengan lebih tepat.

Bagi portable PA System pula, ianya juga boleh dikira menggunakan kiraan 1w/orang. Supaya anda lebih mudah faham. Namun begitu, Watt yang diperkatakan ini adalah Watt RMS dan bukan PMPO, dimana PMPO adalah watt yang biasanya anda lihat pada iklan-iklan seperti 20,000watt dan sebagainya itu mempunyai maksud yang lain dan bukan watt sebenar (Root Mean Square).

Seberapa pentingnya Portability PA System tersebut?




Sudah pastinya anda memilih Portable PA System bagi kegunaan mobile, dimana anda bergerak dari satu tempat ke satu tempat, mudah dibawa, dipasang dan disimpan dalam masa yang singkat.

Namun begitu, diingatkan, Portable PA System menggunakan kuasa daripada bateri yang terbina didalamnya. Sekiranya anda memikirkan ianya perlu dipersembahkan dengan kuat untuk jangkamasa yang lama. Ianya tidak digalakkan, kerana bakal merosakkan acara anda, apabila acara belum selesai. Bateri sudah habis.

Tetapi, sekiranya anda berada di kawasan yang tiada sumber elektrik, sumber elektrik yang jauh dan sebagainya. Ianya boleh lah digunakan sebagai alternatif.

Berapa bajet untuk Portable PA System anda?

Terdapat terlampau banyak jenis Portable PA System yang ada dipasaran, dengan pelbagai jenama, saiz, harga dan kualiti. Terdapat juga Portable PA System yang boleh dikatakan banyak fungsi didalam satu kotak speaker tersebut. Dan ini seringkali menjadi perhatian pengguna masa kini. Yang nak semua dan nak yang murah.

Dynamax Pro100A 10Inch Portable Speaker


Bagi penggunaan professional dicadangkan mendapatkan Portable PA System yang berjenama, supaya anda berpuas hati dengan daya tahan, kualiti bunyi yang tidak bingit atau sebu seperti yang telah disebutkan didalam pemilihan watt diatas.

Bose S1 Pro Multi Position Powered PA System

Bajet yang paling rendah untuk Portable PA System yang baik adalah sekitar RM2,000 ke atas. Itu adalah memadai untuk penggunaan Professional yang minimum. Dan bagi Portable PA System yang terbaik pula, menurut PerformerMag, anda boleh dapatkan Bose S1 Pro Multi Position Powered PA System yang menawarkan kualiti bunyi yang tinggi dan bateri boleh bertahan selama 11jam!


Akhir sekali, bagi anda yang ingin mendapatkan khidmat sewaan Portable PA System atau sewaan PA System lainnya, kami ada sediakan untuk anda. Promosi diskaun 20% dan juga 10% Coin Cashback bagi pelanggan di Shopee sekiranya anda mendapatkannya hari ini!

Jom lihat e-katalog kami (CHROMEBOOK) disini:


Oleh:
Mohd Najib B, Mohd Zaki
Digital Music Producer
Digital Soundtrack Composer
Diploma in Event Management
Diploma in Digital Photography
Diploma in Sales Management