Updated Logo Karaoke CHROM Xcited VIP Club.

| CHROM Enterprise Terbaru




Ini dia logo terkini Karaoke XCITED VIP Club bagi mereka yang dah pun mendaftar sebagai ahli DISINI.

Terima kasih diucapkan kerana ingin bergabung dengan kami team CHROM XCITED seluruh Malaysia.

Perancangan CHROM XCITED KARAOKE VIP CLUB adalah untuk mengeluarkan Merchandize bagi ahli-ahli kelab ini serta software, app dan hardware yang bersesuaian bagi memudahkan kerja ahli yang terlibat di bidang event secara langsung ataupun ahli yang suka-suka yang berkongsi hobi bersama kami.

***

Untuk update yang kami dah pun buat bulan lepas dimana terdapat 2 update tentang perkembangan positif kelab ini di Telegram Channel. Iaitu:

Update Lagu Karaoke / MP3 setiap hari



Lagu Karaoke, MP3, Music Video, Software, App dan sebagainya akan kami updatekan berselang-seli setiap hari jam 9malam. Dimana sebelum ini, kami hanya updatekan setiap minggu sahaja.

Antara lagu Karaoke update, adalah yang terkini, yang hot, pelbagai bahasa dan budaya, pelbagai format. Lagu playlist Karaoke Kahwin dan pelbagai lagi.

Untuk MP3 pula, akan diupdatekan lagu-lagu Top30 mingguan di hampir setiap minggu, sekiranya ada perubahan lagu baharu di carta tempatan. Serta kami updatekan file Zip untuk kemudahan mereka download secara sekaligus tanpa perlu tekan satu persatu.

Untuk Software dan App pula, kami sentiasa research apa-apa keperluan dan kepentingan yang boleh membantu ahli kami dari semasa ke semasa dan tidak tertinggal dengan teknologi muzik semasa dari seluruh dunia.

Update DJ Kelab di Shopee ChromOfficial

Terdapat aktiviti DJ dari team CHROM Official yang buat masa ini, hanya DJ Joe yang mengambil bahagian, dan perancangan akan dibawa lagi team-team lain untuk menyertai.

Aktiviti DJ ini dibuat secara live di Shopee setiap hari Jumaat pada jam 9pm. Aktiviti ini terbuka kepada umum untuk mendengarkan dan melayannya. Tujuannya adalah untuk mempromosikan Kelab ini dan juga mengadakan games, teka lagu, teka video, teka-teki, super sharing dan banyak lagi.

Sekiranya anda juga mahu mendengarkan DJ Kelab Karaoke ini, dan tidak mahu terlepas notifikasi, terus Follow kami DISINI.

Setakat ini, sambutan memberangsangkan, hampir 3,000-19,000 pendengar yang dapat kami catatkan. Mana taknya, masing-masing menunggu coin ditaburkan didalam live dan juga hadiah-hadiah barangan shopee menanti mereka, disamping beramah mesra dengan DJ CHROM Official.

***

Team kami masih lagi merancang untuk membina komuniti ini dan membesarkan lagi untuk kami adakan event pada masa akan datang dengan aktiviti menarik bersama ahli kelab.

Apapun, sekiranya anda ingin menyertai Kelab Karaoke CHROM Xcited, anda boleh terus tekan link DISINI ataupun menjadi pelanggan sewaan PA System, Lighting dan lain-lain khidmat bersama CHROM Enterprise, anda akan dapat secara PERCUMA seumur hidup!

Hubungi kami di: