Gambar sekitar Acara Annual Dinner di Grand Lexis Hotel, Port Dickson pada 18 Mac 2023 (20 Gambar)

| CHROM Enterprise Terbaru




Untuk sesi terkini di Web CHROM Enterprise, kami akan updatekan gambar-gambar berkaitan event yang diadakan di seluruh Malaysia.

Untuk event yang terkini adalah acara tahunan Majlis Makan Malam FIMA Bulking Group yang diadakan di Hotel Grand Lexis, Port Dickson, Negeri Sembilan pada 18 Mac 2023.

Ini adalah Annual Dinner kali ketiga, kami diberikan kepercayaan untuk membekalkan PA System, Lighting & Truss untuk acara tersebut. Yang mana sebelum ini, katanya lampu tidak cukup terang untuk muka. Jadi, kami propose untuk hire team A kami dengan equipment yang jauh lebih besar daripada sebelum ini.

Kami diberikan sehari lebih awal untuk melakukan setup, dimana setup ini memerlukan kira-kira 6-8jam, kerana kelengkapan yang banyak, pendawaian elektrik 3 fasa, pemasangan peralatan keselamatan, kalibrasi dan pelbagai lagi.

Keesokan harinya, diadakan sound check dan rehearsal untuk keseluruhan program termasuk tarian, nyanyian, live band, emcee, gimik pelancaran dan pelbagai lagi. Bagi memudahkan dan melancarkan acara yang akan diadakan pada sebelah malam.

Acara berjalan dengan lancar dan jayanya mengikut timing dan juga Bos Client sendiri berjumpa dengan coordinator kami menyatakan kepuasan hati kerana lampu cukup terang dan menepati citarasa beliau yang dirasakan kurang pada event terdahulu.

Pada event kali ini, kami menggunakan Parcan 200W dan bukan 53W seperti sebelum ini, ditambah pula dengan Follow Spot Light yang menambahkan lagi kecerahan wajah performer dan pentas.

Untuk sound system, pada asalnya, kami hendak menggunakan Line Array RCF. Namun, apabila kami membuat simulasi dan pengukuran antara stage dan FOH, jaraknya terlampau dekat, kerana audience sebenar bukan berada dihadapan, tetapi di sebelah kiri dan kanan pentas. Jadinya, kami memilih untuk menggunakan Full Range RCF supaya bunyi dapat diratakan keseluruh kawasan dan dapat dinikmati dengan jelas oleh semua tetamu.

Untuk subwoofer kami menggunakan 2unit Twin Subwoofer Active RCF 16,000W yang lebih daripada cukup daripada keperluan asal. Kerana kami perhatikan event kami sebelum ini, subwoofer yang digunakan tidak cukup memberikan impak cinematic seperti yang diinginkan client kami.

Jom sama-sama tengok gambar-gambar dan video sekitar acara Annual Dinner di Grand Lexis Hotel, Port Dickson pada 18 Mac 2023 yang lalu.


Team PA System & Lighting sedang melakukan kalibrasi dan sound check.

Pemasangan Cable Protector Ramp bagi melindungi kabel fiber kami.

Cable Protector Ramp tampak lebih kemas dan professional.

Penggunaan Shark Fin Sennheiser, bertujuan menambahkan jarak Wireless Mic.

Digital Mixer Yamaha TF1 sesuai untuk pentas yang mempunyai banyak program.

Lampu Parcan 200W untuk memberi highlight kepada kulit dan muka.

Lampu Parcan 200W dipasangkan sesuai dengan keperluan.

Semua equipment telahpun dipasangkan pada Truss Iron.

3 Phase Power Stagebox membantu meringkaskan pendawaian dan keselamatan.

Emcee CP Sarimah Ibrahim sedang melakukan Sound Check.

Emcee CP Sarimah Ibrahim melakukan Sound Check bersama-sama dengan band.

Anggota live band sedang melakukan Sound Check.

Sound Engineer yang bertugas.

Speaker Active RCF sedang beraksi.

Ujian penuh PA System & Lighting dilakukan sebelum bermula.

XDJ Pioneer antara medium Playback kami.

Console MCP sedang beraksi.

Support DJ sedang beraksi, memastikan kelancaran pilihan lagu.

Emcee CP Sarimah Ibrahim sedang mengusik staf FIMA Bulking.

Dato' Amy Search - Isabella (Live Fancam)

Dato' Amy Search - Kerja Gila (Live fancam)



Persembahan Dato' Amy Search sebagai penutup tirai.

***


Video ringkasan event yang berlangsung.



Sekiranya anda ingin mendapatkan khidmat Sewaan PA System, Lighting, Truss, LED Screen, DJ dan pelbagai, jom terus booking slot anda sebelum ianya penuh di:

https://ChromEvent.wasap.my

Atau tekan butang Whatsapp di Web ini!