Shell Scheme Rental Johor Bahru

| CHROM Enterprise Terbaru


Telah selesai kerja-kerja membekal sewaan Shell Scheme Booth unit untuk sebuah event yang berlangsung di KSL Resort & Hotel, Johor Bahru pada 20 dan 21 september 2023.

Kami telah mendapat panggilan untuk membekal sejak bulan Ramadhan (April) 2023 lagi untuk melakukan Site Visit. Mengukur dan berbincang tentang bagaimana untuk pemasangan, susunan dan sebagainya.


PERINGKAT SITE VISIT & UKURAN


Kerja-kerja site visit dilakukan sebanyak 2x, iaitu sekitar 5 bulan sebelum event ingin dijalankan. Kali pertama pada bulan April 2023 dan kali kedua bulan Jun 2023 kerana ada perubahan dari segi layout event tersebut dan kedudukan shell scheme.

Pada asalnya, client kami ingin memasang shell scheme di ruangan yang separa outdoor.

PROPOSAL WATER & WEATHER PROOF UNIT





Fiber Shell Scheme dicadangkan untuk client kami yang kalis air dan panas (gambar diatas). Namun, disebabkan bertukar tempat pemasangan, maka Shell Scheme Indoor sahaja yang dipasang.


PERINGKAT DRAFTING








Setelah pengukuran tapak dibuat, kami telah mendrafkan layout 3D dan animasi 3D sebagai rujukan pihak client untuk memberikan gambaran yang lebih jelas tentang kesesuaian pemasangan dan rekabentuk yang mereka inginkan.

Terdapat 2 tempat di dewan yang berbeza pada aras yang sama telah direkabentukkan. Ini kerana, event ini mendapat sambutan di luar jangkaan. Dimana pada asalnya, mereka hanya ingin menyewa 10 unit sahaja. Namun, kami mencadangkan, agar mereka memaksimakan ruangan. Kerana ini bukanlah event yang biasa, sudah pasti ramai yang ingin sertai.


HARI PEMASANGAN 19 SEPTEMBER 2023 (BALLROOM 1)

Kerja-kerja membuat rangkaan kasar. Sekiranya ada kesilapan, boleh diubah terlebih dahulu.








Rangka telah dinaikkan.

Pemasangan sedang dijalankan.

Setiap ahli team, melakukan 1 kerja khusus masing-masing. Supaya pemasangan menjadi pantas dan teratur.

Kabel elektrik untuk DB Box 3phase utama.

Seramai 10 orang team dikerahkan untuk pemasangan supaya kerja menjadi lebih ringan dan pantas. 


HARI PEMASANGAN 19 SEPTEMBER 2023 (BALLROOM 2)




Site supervisor, Mr. Jeffri sedang membuat semakan.









Pemeriksaan pencahayaan.



Unit yang telah siap dipasang.


PEMASANGAN SIAP!

Pembekalan Air Cooler juga dicadangkan, walaupun didalam ballroom tersebut telah mempunyai sistem penghawa dingin. Kerana, ianya adalah untuk Air Circulation dalam suasana kepadatan pengunjung, jadi pengudaraan adalah lebih baik dan tidak sesak bagi mereka yang berkemungkinan mempunyai masalah pernafasan.



Pandangan booth dari hadapan yang telah siap dipasangkan.


Booth yang telah siap dipasangkan meja.

Label "Awas" untuk kabel yang merentas laluan.


Kotak Cover Putih untuk menutup DB Box, supaya dapat mengelakkan kejadian yang tidak diingini.



Air Cooler System




 HARI EVENT 20 & 21 SEPTEMBER 2023





















EVENT TAMAT 21 SEPTEMBER 2023







Event ini telahpun tamat pada 21 september 2023. Dan kerja-kerja dismantle dilakukan pada 22 september 2023. 

Terima kasih diucapkan kepada team daripada Hospital Sultan Ismail yang telahpun mendapatkan khidmat sewaan Shell Scheme dari kami. Dan telah menghubungi kami sejak bulan april yang lalu. 

Bagi kami, perancangan dilakukan cukup teliti oleh team client kami, kerana telahpun dibuat seawal 5 bulan lagi. Namun kekurangan didalam sesebuah event adalah subjektif dan mungkin tidak dijangka sekiranya ada. Apa pun, kebolehan membuat perancangan yang awal begini haruslah dipuji.

Dan, kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada team support kami iaitu En. Jeffri Bin Jamil dan En. Syah Arshad yang melakukan pemantauan dari semasa ke semasa sepanjang event ini berlangsung, supaya bantuan dapat cepat sampai dan tidak perlu menunggu lama sekiranya ada apa-apa yang diperlukan atau berlaku seperti tiada bekalan elektrik dan sebagainya.

THANK YOU NOTE

CHROME Thank You Note untuk client sewaan Shell Scheme kali ini.


SIJIL PENGHARGAAN TEAM


CHROME Site Supervisor


CHROME Support Team

Sekiranya anda ingin mendapatkan perkhidmatan sewaan Shell Scheme dari kami terutama di Johor Bahru, Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya. Bolehlah menghubungi kami untuk mendapatkan sebutharga. Bagi lain-lain negeri adalah di Seremban dan Melaka juga kami ada.

Anda boleh tekan butang Whatsapp di Web ini. Atau terus Call:
012-791 2306 (JOE)