Just-In Tempahan sewaan PA System untuk Majlis Perkahwinan di Benut & Kluang, Johor.

| CHROM Enterprise Terbaru




Tempahan PA System pada tarikh ini untuk Majlis Perkahwinan di Benut & Kluang. Yang mana menggunakan pakej tersendiri iaitu Basic dan Standard. 

Kami juga ada menerima beberapa panggilan lagi untuk tarikh yang sama juga bertempat di sekitar Johor. Tapi, masih belum confirmkan ingin tempah atau tidak. Tidak mengapa, berbincanglah dahulu dengan keluarga bagi mendapatkan persetujuan. Mudah nanti kami nak buat kerja. 

Untuk tempahan di Kluang, kami dah terima tempahan seawal Ogos 2024 lagi, kerana ini kali yang ke-empat pihak keluarga pengantin memanggil kami bagi menyediakan khidmat Emcee dan PA System bertemakan Islamik. Bermaksud tiada sesi karaoke, dan hidangan lagu-lagu yang lebih perlahan dan banyak kearah selawat, qasidhah serta Nasyid. 

Untuk tempahan di Benut pula, pihak pengantin lebih memilih pakej DRY Rental, dimana DJ tidak diperlukan. Hanya perlukan set PA System dan mikrofon dan pihak pengantin akan menguruskannya sendiri. Ini adalah salah satu pakej bajet kami. 

Berita baik! Kami baru sahaja menambahkan inventori kami bagi pakej Basic DRY Rental ini kepada 2 set lagi. Jadi boleh cover lagi 2 event pada tarikh 8/2/25 ini. Bagaimanapun, sekiranya ada permintaan, kami boleh juga tambah lagi dan lagi kerana stor kami ada banyak di sekitar Johor. 

Sayangnya, pakej ini hanya terdapat di Johor dan Melaka sahaja. Kerana di tempat lain, seperti Selangor dan KL lebih banyak memilih Standard Package, kerana ada juruteknik yang kawal lagu dan bunyi sepanjang event. Menjadikan mereka lebih mudah. 

Terpulang kepada mana-mana pelanggan, bagi memenuhi permintaan masing-masing. Kami hanya membantu mana yang boleh sahaja. Dengan bunyi yang sedap dan tidak bingit atau pecah soundnya. Janji pelanggan happy, majlis lancar. Hati kami pun senang dan puas membekalkannya. 

Ini pakej Basic DRY Rental yang kami katakan tu. Bagus, bunyi sedap. Tak terlalu kuat dan tak terlalu perelahan. Bass cukup untuk majlis 1-2 khemah atau seitar 50pax. Letak speaker dalam halaman rumah dan pancarkan ke arah khemah je. Nak buat announcement, ada mikrofon disediakan. Kalau tak mahu pening susun lagu, kami berikan pendrive. Kalau nak karaoke, boleh sambung laptop anda. Kami ajarkan penggunaan Youtube untuk karaoke. Simple dan murah!

Jom dapatkan pakej BASIC DRY RENTAL (Kami dah tambah lagi 2 set tahun ini!). Booking sekarang selagi stok masih ada. Di kawasan Johor bahru, Kota Tinggi, Kluang, Pontian, Batu Pahat. 

Nak dapatkan maklumat lanjut tentang harga dan pemasangan boleh hubungi kami, tekan butang hijau di web ini. Kami akan cuba membalas sepantas mungkin bagi melancarkan planning anda tahun ini.


Biasanya kalau team kami available, kami akan respond secepat mungkin bagi memudahkan anda planning dengan masa yang anda available untuk berbuat demikian. Jadi, mudah untuk membuat keputusan juga dan pelanggan yakin dengan refleksi kami yang pantas. 


Pelanggan yang rasa lebih yakin dengan respond pantas akan terus lock date, begitulah kebiasaannya. Kadangkala kami juga sibuk diluar, tak sempat nak reply. Membuatkan mungkin ada pelanggan yang rasa macam "Ni nak meniaga ke tak nak?". Maafkan kami, apapun, kami dah standbykan auto-respond dalam Whatsapp. Jam berapa pun kami open order je, kalau betul-betul serius, Alhamdulillah. Kami senang hati juga, overnight seumpama dihargai. Dan mungkin kami akan berikan peralatan yang lebih baik, atau harga yang lebih baik. Bak kata pepatah, "Anda sopan kami segan".


Bila pelanggan dah buat bayaran deposit, kami akan terus buat group Whatsapp untuk team kami bertugas pada tarikh tersebut. Kira anda lock, bukan lock saja-saja, nanti buat-buat terlupa lah dan sebagainya. Jadi kat sini, team kami dah aware for the date. Dan semua maklumat, contoh tentatif, kad jemputan, alamat, details majlis, loading bay dan sebagainya kami update disini dari semasa ke semasa. Jadi, pelanggan jangan bimbang dengan kami, segalanya sistematik. Documentation Quotation, Invoice, Receipt, DO, PO, DN semua kami ada. Untuk Individu atau corporate, kami gunakan sistem bagi memastikan kita bekerja dalam 1 sistem yang integrate.

Jom dapatkan harga Pakej BASIC DRY RENTAL untuk kawasan Johor iaitu Kluang, Batu Pahat, Kota Tinggi, Pontian, Kulai, Johor Bahru dan Pasir Gudang. Sewa lagi lama, lebih murah! 

Hubungi kami sekarang: