CHROME Event Empire Official Contact & Identity Verification | Kenyataan Rasmi 2026

| CHROME EVENT EMPIRE TERBARU





KENYATAAN RASMI CHROME EVENT EMPIRE

PENGESAHAN IDENTITI, WAKIL SYARIKAT DAN SALURAN KOMUNIKASI RASMI

CHROME Event Empire ingin memaklumkan kepada semua pelanggan, organisasi, agensi kerajaan, rakan perniagaan dan orang awam bahawa saluran komunikasi rasmi syarikat adalah seperti berikut:

E-mel Rasmi

WhatsApp Rasmi

  • +60 12-791 2306

Permohonan RFQ dan CSR

AMARAN PENYAMARAN IDENTITI SYARIKAT

Mana-mana individu, organisasi atau pihak ketiga yang mendakwa mewakili CHROME Event Empire melalui saluran selain yang dinyatakan di atas, tanpa pengesahan atau kebenaran rasmi daripada pihak pengurusan CHROME Event Empire, adalah bukan wakil sah syarikat.

Sebarang dakwaan perwakilan, tawaran perkhidmatan, sebut harga, permintaan dokumen, arahan pembayaran atau urusan perniagaan yang tidak disahkan oleh pihak pengurusan hendaklah dianggap sebagai komunikasi tidak sah dan berpotensi palsu.

CARA MENDAPATKAN PENGESAHAN RASMI

Orang awam boleh mendapatkan pengesahan identiti wakil, kesahihan quotation, arahan pembayaran atau urusan yang menggunakan nama CHROME Event Empire dengan menghubungi:

Pengesahan hendaklah diperoleh secara terus melalui saluran di atas sebelum sebarang dokumen sulit, maklumat perbankan atau bayaran diserahkan.

Kenyataan ini dikeluarkan bagi melindungi pelanggan, rakan perniagaan dan identiti CHROME Event Empire daripada sebarang penyamaran atau penyalahgunaan nama syarikat.

CHROME EVENT EMPIRE
Management Office
22 Oktober 2026

www.chromemalaysia.com