Sewa PA System Basic Package - CHROM Enterprise

| CHROM Enterprise Terbaru

Pakej PA System Basic oleh CHROM Enterprise


Apa yang dinamakan sebagai Pakej Basic PA System?

Bagi kami, di CHROM Enterprise, setiap set PA System kami namakan sendiri. Terpulang pada penyedia perkhidmatan tertentu bagi menamakan pakej masing-masing.

Walaubagaimanapun, set ini bagi kami adalah Basic PA System, dimana terdapat 2 speaker, 1 Powered Amp dan 2 Mic.


Pakej ini sesuai untuk majlis yang bagaimana?

PA System Basic biasa digunakan untuk Majlis Akad Nikah

Pakej ini sesuai untuk majlis yang berskala kecil, disarankan indoor, didalam rumah, balairaya dan seumpamanya. Kerana ianya mempunyai watt yang kecil, hanya boleh menampung sehingga 50Pax audiens sahaja.

Kebiasaan majlis yang kami gunakan untuk majlis akad nikah, cukur jambul, birthday party atau kegunaan karaoke keluarga.

Pakej Basic PA System ini boleh digunakan untuk karaoke?

Karaoke bersama keluarga semasa berkumpul.

Pakej ini adalah dari jenis DRY RENTAL, dimana kami hantar, pasang dan tinggal. Tiada Laptop atau Skrin disediakan. Dan juga tiada soundman yang menjaga.

Bagaimanapun, kami sediakan kabel AUX untuk anda sambungkan dengan sumber audio dari telefon atau Laptop anda. Lagu karaoke pula, anda boleh terus dapatkan di Youtube.

Untuk Powered Mixer pula, sememangnya dilengkapi dengan fungsi effect (echo) untuk microphone yang anda boleh terus berkaraoke.

Teknikal ini akan kami tunjukkan caranya. Sangat ringkas.




Berapa lama tempoh sewaan PA System Basic Package ini?

PA System Basic kebiasaannya digunakan untuk acara indoor.


Tempoh sewaan adalah 1-12 jam bagi kegunaan majlis anda. Dimana, kami menganggap ianya tempoh semalaman. Yang kebiasaannya pelanggan kami menyewanya untuk tujukan karaoke keluarga. Seluruh ahli keluarga berkumpul, sama ada untuk tujuan percutian ataupun bagi menjayakan majlis.

Dimana, keesokan harinya, barulah disewa pula Pakej PA System Standard yang boleh pula dipasangkan pada majlis yang melibatkan lebih ramai orang seperti di dewan, ballroom dan sebagainya.

Dimana saya boleh dapatkan PA System Basic Package ini?


Pakej PA System Basic ini kami sediakan untuk kawasan Kluang sahaja untuk sewaan biasa. Manakala Sewaan Combo Basic + Standard, anda boleh dapatkan untuk di kawasan Kluang, Batu Pahat, Kulai, Johor Bahru dan Alor Gajah.

PA System Basic Package tiada di kawasan lain?


Kebanyakan penyedia perkhidmatan sewaan PA System tidak berminat untuk  menyediakan sewaan Basic atau Dry Rental sebegini. Kerana risikonya tinggi, tanpa pemantauan soundman, kerosakan boleh berlaku pada bila-bila masa. Samada semasa digunakan ataupun selepas digunakan oleh satu-satu pelanggan.

Begitu juga kami, dimana sebelum ini kami mempunyai lebih 5 set PA System Basic Pakej ini, 4 yang lain sudah tidak boleh digunakan lagi. Antara punca kerosakan adalah, kegunaan Bass yang keterlaluan, Microphone ditalakan pada speaker (secara tak sengaja) pada tempoh yang agak lama, air tertumpah pada peralatan elektronik seperti Powered Amplifier dan Microphone, Microphone diketuk-ketuk, dicampak dan pelbagai lagi.

Walaubagaimanapun, kewujudan Sewaan PA System Basic adalah untuk membantu mereka yang kurang berkemampuan dalam menjayakan sesebuah event, terutama bagi Majlis Perkahwinan. Jadi, risiko seperti diatas kami ketepikan sedikit.


Dimana saya ingin lihat pakej-pakej sewaan PA System lain dari CHROM Enterprise?


Anda boleh dapatkan senarai harga perkhidmatan Sewaan PA System, Lighting, Stage, Emcee, Live Band, Gimmick dan pelbagai lagi di dalam CHROMEBOOK (ekatalog) kami disini:

https://www.chromemalaysia.com/2023/02/chromebook-8-web-version.html?m=1

Bagaimana nak dapatkan Pakej PA System Basic dari CHROM Enterprise ini?


Anda boleh terus hubungi kami melalui Whatsapp (Butang Whatsapp di web ini)